APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

Manusia mengenali seni sejak zaman kanak-kanak lagi dan kebanyakannya tidak menyedari kehadiran seni dalam kehidupan. Sesetengah manusia menjadikan seni sebagai minat, kerjaya serta sumber peroleh pendapatan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni boleh diertikan sebagai halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Manakala seni, II : membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang diciptakan dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Ini bermakna seni itu sesuatu yang dilihat unik serta indah jika diperlihatkan.

Selain itu menurut Ibn. Khaldun pula, “seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.” Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan, seni boleh ditakrifkan sebagai penyusunan semula konsep-konsep emosi dalam bentuk struktur, tersusun serta mempunyai nilai-nilai keindahan atau estetika.

Sekiranya guru menggunakan seni untuk diaplikasikan dalam pengajaran, guru tersebut berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif serta berimaginatif. Malahan melalui seni, guru dapat menerapkan nilai-nilai moral seperti kasih sayang, menghormati antara satu sama lain, adat istiadat serta menanamkan sifat-sifat mulia terhadap diri pelajar.

Pelajar mengenali seni sebenarnya bukan berlaku disekolah, tetapi ia bermula semenjak pelajar itu kecil lagi di rumah. Ibu bapa sebenarnya memulakan peranan dengan mengajar anak mereka mengenai kepelbagaian warna dan rupabentuk pada alatan permainan kanak-kanak. Oleh itu aplikasi seni sebenarnya bermula di rumah. Namun kebanyakan ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap anak mereka kerana lebih senang jika anak mereka duduk diam dan kesannya kurang membantu untuk perkembangan minda serta kreativiti anak tersebut.

Aspek seni dilihat sangat penting dalam pengajaran kerana berupaya memupuk kreativiti pelajar dalam mengembangkan minda mereka untuk menguasai isi pengajaran. Selain itu, pelajar dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreatif serta inovatif kerana mereka cenderung mencipta sesuatu yang lebih baik dalam menyelesaikan masalah dan jika dibimbing, kreativiti tersebut akan berkembang.

Aplikasi seni dalam pengajaran juga penting kerana dapat memupuk penghayatan estetika. Gejala sosial yang berlaku di Negara juga sedikit sebanyak berkait rapat. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman agama dan segala aspek yang bertentangan dengan fitrah manusia mungkin boleh diperbaiki melalui penghayatan terhadap seni dan diamalkan dalam kehidupan terutama dalam bidang pendidikan.

Jika guru mengaplikasikan seni dalam pengajaran seperti pengunaan visual ruang, pelajar akan berkebolehan untuk berfikir dalam tiga dimensi iaitu mengubahsuai imej serta melayari ruang dan menghasilkan maklumat grafik. Pelajar akan melihat dan memerhatikan melalui objek, bentuk warna atau pemandangan yang dipamerkan seperti peta minda, carta, lukisan, warna atau ukiran. Ini akan membantu pelajar untuk lebih mudah mengingat,

Melalui pengaplikasian seni dalam pengajaran juga dapat mengelakkan pelajar daripada lesu dan bosan terhadap pelajaran dalam kelas. Guru-guru perlu menerapkan seni bagi memastikan pelajar menikmati keseronokan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melahirkan pelajar yang aktif. Hal ini juga membantu pelajar dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah ponteng kelas juga akan berkurang. Oleh itu seni sangat penting diaplikasikan dalam pengajaran kerana berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, berpengetahuan, penjanaan idea, integrasi maklumat, pengolahan simbol, peningkatan kualiti berfikir serta tindakan secara rasional dan fleksibal.

Rujukan

Mohd Johari Ab. Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Perak : Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shukri Zain (2007). Pengantar Pemikiran. Perak : Quantum Books.

Ali Sulaiman (2009). Kepentingan Pendidikan Seni. Diambil pada Oktober 19, 2010 daripada http://smktphpsv.wordpress.com/?s=sukatan+pelajaran+seni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments